🏪 AKADEMI TAHFIZ AL-AYYUBI

AKADEMI TAHFIZ AL-AYYUBI

Services
Jalan Pasir Panjang, Kampung Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Manjung, Perak, 32040, Malaysia

Akademi Tahfiz Al-Ayyubi bermula pada tahun 2008 dengan nama asal Mahaad Tahfiz Al-Quran Wat Tarbiah Ad-Deeniyah. Penubuhannya berteraskan hasrat murni untuk menelusuri jejak langkah salafussoleh dalam melahirkan generasi pencinta dan penghafaz Al-Quran, khususnya dalam kalangan anak jati Kampung Pasir Panjang Laut, Perak. Sejak awal penubuhan, institusi ini komited membentuk pelajar yang bukan sahaja hafaz Al-Quran, malah berakhlak mulia dan berjiwa pendidik. Dalam menghadapi cabaran semasa yang semakin kompleks, institusi tahfiz turut berdepan pelbagai ujian bagi memastikan kelangsungan serta kerelevanan yang mampan. Menyedari hakikat ini, Ahli Jawatankuasa telah sebulat suara melaksanakan penjenamaan semula pada tahun 2008 kepada AKADEMI TAHFIZ AL-AYYUBI. Langkah ini lahir daripada tekad dan semangat baharu untuk mendepani isu kemaslahatan ummah secara lebih holistik, progresif dan berdaya saing di peringkat setempat serta serantau. Penjenamaan semula ini bukan sekadar pertukaran nama, tetapi satu transformasi strategik bagi memperkukuh imej profesional, meningkatkan kredibiliti serta membina kepercayaan masyarakat. Melalui identiti baharu ini, akademi beriltizam memperkasa mutu pendidikan, mempertingkat nilai organisasi dan menyemarakkan inspirasi dalam kalangan tenaga pengajar serta para pelajarnya.

0.0 (0 reviews)
1 Products
0 Followers
0.0 Rating

Store Products 1

Education & Training
Jom Infaq Wakaf Pembangunan Dapur Zink Kilang
(100)
RM10.00
phoenix
RizqMall HybridApps
Address

IDEAS Berhad

L02 - 63A, Menara Shaftbury Putrajaya,

Jalan Alamanda,

Presint 1, 62000 Putrajaya